Aafia Demam Panas

by - October 22, 2018

 I nak share my experience masa Aafia demam. Aafia masuk 9 bulan haritu,  kena inject vaksin MMR 1. After inject tu, I rasa badan dia mcm dah start panas. Then I monitor jee laa suhu dia. Oke jee suhu dia.



After 2 weeks, papa Aafia balik kerja, main- main dengan Aafia then dia notice badan Aafia panas. Cek suhu memang Aafia demam. So, ktorang just bagi ubat demam yang ada kat rumah based on prescribed lah. Sebab baby ni bagi ubat ikut berat dia. Mama tuam jee kepala Aafia, risau demam lagi tinggi. So berjaga juga lah malam tu.





Time ni Aafia memang nak tidur je. I angkat pun dia nangis, sebab nak baring. Everything dia reject include susu dan makanan. 

Suhu Aafia 40.2 dah. Tinggi sangat and decide nak bawa pergi klinik swasta. Cepat sikit kan. Lagipun haritu hari Jumaat. Klinik Goverment tutup. So, Dr kata Aafia normal and just tekak dia bengkak. Sebab tu reject makanan atau susu. 


 

Ni antara ubat yang Aafia dapat. Kidz PCM tu ubat demam perisa strawberry :p, Uphalexin tu antibiotik. Makan setiap 6 jam. Exceptional kalau Aafia demam tinggi, boleh amik kurang dari 6 jam.


Ni I just bogelkan je dia, tapi I pakaikan dia kain basah nak bagi cepat- cepat dia sejuk balik. I miss you baby. Ni dia mcm oke sikit laa. Ada rasa nak main lagi. Tapi sekejap je. :(  Malam tu pulak, dia macam menggigil. I risau, then I ajak husband pergi hospital terus bahagian EMERGENCY. Masatu, husband I suruh I prepare things. Sebab nak kena tunggu lama dalam emergency tu. So I bawa barang Aafia siap- siap and kitorang heading to Hospital Sultan Ismail. Around pukul 9.30 P.M. lah kitorang keluar rumah. Sebab masa tu tgh tengok cerita I CAN SEE YOUR VOICE (best wehh) haha.

Sampai hospital, daftar, then Aafia kena panggil, I bawa dia masuk bilik medical assistant tu. Cek suhu, then dia tnya about Aafia. Pastu kena amik darah. OMG!! I takut lahh. =.='' Tapi I kuatkan diri jela. huhu. Aafia nangis laa masa kena cucuk tu.



Lepas ambil darah, tunggu nak masuk bilik doktor. Lama juga lah tunggu. EMERGENCY kan. Aafia nasib baik dia behave je, cuma tak nak duduk. Kena dukung. So, mama papa gilir- gilir dukung Aafia plus mata dah ngantuk juga lah masa tu. Then, masuk bilik doktor. Timbang berat dulu. Sebab nak tengok berat Aafia merosot ke tak. Guess whattt....... Berat Aafia makin naik adalah. ALHAMDULILLAH. Kalau berat menurun, ada kemungkinan dia dehydration dan boleh kena masuk air. huhu. Doktor cek macam biasa and tanya tentang simptom- simptom lain. Tapi Aafia okay je. Just muntah kerap juga. Doktor kata normal je. (fuhh lega). Aafia kena demam virus. Tekak dia agak bengkak dan merah, mmg tak selera makan. Tapi I kena pastikan dia minum air masak pon takpe sebab tak nak dia dehydration. Then, mcm tu jela. Amik ubat... Pukul 1.00 AM baru sampai rumah. SIGH...



Ni ubat yang dapat masa kat hospital.



Aafia cuma selera nak makan bubur cendawan je.
Hari keempat Aafia demam, akhirnya surut juga panas. Tapi.... ada bintik- bintik keluar dekat badan, muka and kaki. I tak tahu, apa tu.. antara assumption yang I dapat
- demam campak
- baki -baki bahang demam


I guna ubat ni untuk sapu- sapu kat badan Aafia


Sapu kat area yang bintik- bintik, plus minum air kelapa. Esoknya, bintik- bintik merah tu hilang. Alhamdulillah.




Yeayy.. my baby dah sihat and main macam biasa. Rindu mulut dia yang riuh tu.. hehe. Semoga Aafia membesar dengan sihat dan ceria-ceria selalu

You May Also Like

0 comments