AMBIL LESEN KERETA

by - January 09, 2019

I nak share pengalaman I ambil lesen kereta (lesen D)


First sekali mestilah umur dah 17 tahun kan. Then baru boleh daftar. I buat dekat dengan area rumah je, so senang laa Afiq nak ambil dan hantar nanti. huhu. 

I daftar lesen kat Sekolah Memandu Ulu Tiram. I ambil manual je sebab auto mahal sangat. Harga manual RM1,490. Deposit bayar RM500 dulu. After bayar kena attend ceramah selama 8 jam.



buku ni adalah buku paling utama sebab everything tentang pemanduan ada dalam ni. so wajib baca buku ni sampai habis.
Buku ni pula, ada latihan menjawab soalan- soalan yang bakal ditanya dalam ujian komputer nanti.


buku ni panduan memandu je. penting untuk baca masa nak mula latihan memandu nanti.


haa, ni antara buku yang I dapat masa attend ceramah 8 jam tu. buku ni sangat berguna untuk ambil ujian komputer which is, ujian yang kena ambil lepas attend ceramah. so, before ambil ujian komputer, kena khatam tiga2 buku ni.haha.

So, sebelum ambil ujian penting sangat untuk get ready dari segi ilmu pemanduan, prepare segala dokumen yang diperlukan semasa nak ambil ujian. Pakai pakaian yang kemas. Markah untuk lulus ujian komputer is 42/50. So, I dapat 48/50. Maknanya, ada 2 soalan yang I salah jawab. Takpe lah, I lulus pun dah bersyukur sangat. So, tak payah lah keluar duit lagi kan untuk repeat ujian.

Next, booking driving training. Masa booking ni, I bayar another RM500.00 dan bagi gambar 2 keping untuk tampal dalam lesen L. After lulus komputer, U are pemegang lesen L. Training untuk driving memerlukan 5 jam stgh, Masa ni I kena pilih trainer. So trainer I adalah cikgu lelaki. (hope dia tak garang okay). Ada 3 session.

First session : I kena belajar ttg RPK (rutin pemeriksaan kenderaan). Yang ini U kena belajar ttg whole things dekat bonet kereta. Masuk dalam ujian okay. U kena terangkan pada pegawai JPJ ttg RPK ni dalam masa 7 minit.

Second session : Yang ni lama (3 jam). I belajar -
                           a) Rutin Sebelum Memandu (RSM)
                           b) Driving sambil kenal- kenal kawasan litar
                           c) Parking sisi
                           d) Parking 3 penjuru
                           e) Naik bukit
                           f) Selekoh S
                           g) Selekoh Z

Klas pukul 3.00 pm - 6.00 pm. ngantuk gaiss
Third session : This time, I started my class pukul 8.00 am hingga 9.30 am. Satu jam setengah kelas. Ini adalah sesi terakhir untuk belajar memandu yang memerlukan scan. Oke, ini sistem baru. korang kena cukupkan 5 jam stgh dengan beserta scan. Kalini, I belajar ulang balik dalam kawasan litar sekolah sama macam masa session 2. Tapi, yang ini cuma takde buat RSM.

After class, I ada balance 9 jam belajar tanpa scan. Fuhh. Tapi, sebelum I mula belajar, I kena habiskan balance bayaran sebanyak RM430.00. Baru booking next class. so, mcm biasa, I booked every Sunday dengan cikgu yang sama. I pilih cikgu yang sama sebab I dah acknowledge cara dia and one more thing is, serasi lah. If I tukar cikgu, I rasa mcm kena faham balik cikgu tu... I won't take a risk. hehe.

9 Hours Session

Dalam 9 hours session ni pulak, I ada 3 lagi kelas.

My First Three Hour Session :
- I repeat balik jalan dalam litar. Masa ni cikgu tunggu luar kereta. So, I jalan bawa sendiri kereta pusing - pusing tempat bukit, parking sisi, parking 3 penjuru, jalan S dan Z. I rasa macam ada improvement sikit lah. Cuma my problem is 3 penjuru, I rasa macam susah jugak lah nak buat. I kena drive slow-slow.
- Lepas tu, masa second hour, cikgu bawa I keluar dari sekolah untuk tengok jalan A dan jalan B. Masa ni cikgu push I untuk bawa laju. Yelaa, kat jalan raya kan. I bawa around 40km/jam. Laju lah tu I rasa..hahaha. I tak ingat pun mana jalan A nor B, eventhough 2 kali cikgu ajar jalan luar. Sorry sir. Haa, masa ni kelas I pukul 3 sampai 6.30. Lama gilerrr I rasa. Sigh..
Muka penat after class and waiting for my husband to pick me up.

- Third session, I repeat jalan, tapi naik kereta lain okay. Kereta tu susah pulak berbanding kancil. I drive terhendap- hendap. I guess beginner mmg macam ni ke. Hahaha.. Lol. Session ni dari pukul 11.30 am smpai 1.00 pm. Hari Jumaat, I tukar date sebab Afiq cuti. Kelam kabut juga lah, sebab hari Jumaat, lelaki nak sembayang jumaat. 

-Last session of my training. I kena belajar selama 3 jam. Then, I ada QTI pulak. QTI  ni mcm ujian percubaan sebelum ujian yang sebenar. QTI ni diuji oleh cikgu yang mengajar jugak. Tapi bukan cikgu kita lah ya. Masa ni I rasa exhausted giler. I belajar 3 jam repeatedly buat benda yg sama. i tak keluar dari kereta lansung tau, selama 3 jam tu. After training habis, I keluar dari kereta, lutut I dah menggigil. Haha, nasib baik ada gap antara QTI tu. I solat then minum air, rehat sekejap, then terus kena panggil.
- QTI session pula sekejap je. I kena uji luar dan dalam litar, di sebabkan yg uji tu cikgu biasa juga, so I tak takut sangat lah. Tapi tak boleh sambil lewa ya, sebab dia boleh gagalkan kita. bila tak lulus, kita kena tambah kelas sebelum test JPJ. I tak perform sangat pun masa QTI, banyk je salah tapi cikgu lineant je. I lulus tapi di nasihatkan kena tambah kelas. Tapi I tak tambah kelas pun sebab I dah malas okey.. haha. I terus je daftar utk booking test JPJ. Berani betul kan. dah tu, gap 2 minggu pulak tu. I malas nak fikir. Haha
- Tibalah hari yang menggerunkan ku, JPJ Test. Awal pagi I dah bangun, study ttg RSM dengan RPK. Takut lupa. Then, I pun get ready lah pagi-pagi untuk ke driving school dan sedia diuji. Masa I datang tu, ramai juga lah calon-calon yang bakal diuji. Masing- masing tgh tggu. Tiba- tiba ada cikgu datang and ajak revise macam mana nak buat RPK, so I ambil peluang lah utk revise. Bosan lagipun tunggu kat dalam tak buat apa- apa. 
- After finish revise session tu, I pon masuk balik office, tiba- tiba nama I kena panggil ke kaunter, then officer suruh I turun bawah which is tempat untuk di uji. serius lah dah gerun masa tu. I ambil no giliran which is I dapat nombor 4. SERIOUSLYYYYY OMG!!!! then I duduk laa sementara tunggu. 
- Tiba masa untuk diuji, first I kena buat RPK depan pegawai. Pegawai tu duduk kat meja, sambil dengar apa I periksa body kereta. Tapi kann, I buat halfway jee JPJ tu dah suruh I stop. Maybe dah puas hati kot. Lagipun, masa I buat RPK tu ada org lain pun buat juga. I tak sure whether dia dengar tak apa I cakap. haha. Janji aku lepas dah laa.. After siap. I tggu sekejap then, kena panggil utk ujian litar pula. Bahagian litar ni pegawai agak serius sikit lah. Everything kena perfect taww. Kalau kita gagal kat certain area, contoh parking sisi kita terlanggar line, dia akan tiup wisel dan you kena keluar daripada kereta and maksudnya you gagal. Alhamdulillah I passed. 
After that, I kena uji bahagian jalan raya. Masa ni I risau sikit sebab I tak hafal langsung jalan yang I belajar tu. Tapi kan, sebenarnya msa I diuji tu, I kena jalan keluar sekolah then masuk balik. Itu sahaja. Maybe sebab tu lah I easily passed kan. Cikgu I pun tak ajar sangat jalan raya sebab dia pun tahu JPJ bahagian jalan raya ni simple je. So, trust jela your teacher. So sekarang I pemegang lesen P. HEHEHEHE.... Tapi still takut nak drive.. haha.. Apa pun kena practice laa selama 2 tahun ni. Kemudian insyaAllah boleh jadi pemandu kompeten.

Sekian sajalah coretan ku mengenai pengalaman ambil lesen. Lesen P valid from 1.1.2019-31.12.2020

You May Also Like

0 comments