CUTI RAYA CINA
Kitorang tak pergi bercuti pun. balik kampung kat Kahang, Kluang (mine) dgn Nitar, Mersing (husband). I duduk Kahang about semingu juga lah, tapi Afiq kerja. Ulang alik lah dia dari Bukit Pelali (workplace) dengan Kahang. Perjalanan 2 jam setengah. Kenapa dia sanggup ulang alik? Dia kata, saja nak wife dia ni happy. hurmmm yela. :p. Dia cuti, tapi selang seli. Harini kerja, esok cuti.. Haa mcm tu laa dia seminggu sebelum dia cuti panjang.
AKTIVITI
- Aktiviti tukar hadiah ni kitorang main sebelah mertua I. masa ni, I tahu last minute sebab takde yang inform. My husband pulak, maybe lupa sebab dia busy masa tu kena ulang alik dari tempat kerja, so dia penat and lupa. Syarat barang kena bawa barang dapur dan bernilai RM20. I tak tahu.... =( . I main beli jee coklat berharga RM20 =).
Oke ini antara menu yang kitorang ada masa makan- makan tu. Ada yang masak sendiri and ada juga yang kitorng tempah. Bagi memriahkan makanan. hehe.
Ini, hadiah yang ditukar. Haaa semua orang hadiah besar- besar. Diri ini terasa kerdil pulak sebab bagi hadiah makanan jeeee... So far memang best lah kan sebab adik beradik Afiq ni ramai. Kalau buat aktiviti- aktiviti macam ni memang meriah la. Dalam masa yang sama, boleh habiskan masa dengan akk-akk ipar serta biras bersama sebab bukan senang tau nak jumpa semua dalam satu masa. Anak- anak jangan cerita lah. Memang seronok jee sebab ramai sepupu. Aafia yang setahun 2 bulan masa ni pun dah pandai bawa diri dengan kawan tau. Tak ingat dah mama dia. Harap- ada lagi aktiviti-aktiviti macam ni.
2. Jalan- Jalan Kluang Mall
Kalau dah sampai Kluang, memang tak sah lah kan kalau tak singgah Kluang Mall ni. Masa ni, spend time with my family je.. Jalan- jalan pergi makan dalam Kluang Mall tu.
![]() |
Entertain Aafia sementara tunggu makanan sampai |
![]() |
Mama and Aafia |
![]() |
Papa makan Nasi Ayam |
![]() |
Pak usu pia pun join sekali |
![]() |
Pia dengan nanny |
![]() |
Sebab atok tak ikut time ni, atuk kerja. Papa pia tapaukan pizza utk atok. Kita berselfie dengan jambangan bunga |
![]() |
Struggle nak ambil gambar pia |
Oke, best sangat walaupun cuma pusing- pusing dalam Kluang Mall je kan. Next time nak repeat lagi. Yang paling happy mestilah Aafia. Dah dapat kaki kan.. Memang tak reti diam kesana, sini. Nasib baik ada nanny. Kalau mama je yang handle sorang- sorang mmg huru hara jugak.
3. Pantai Teluk Mersing
Kalau dah sampai Mersing ni, memang tak sah lah kalau tak pergi pantai kan. Bukan nak mandi pun. Masa kitorang pergi ni hari Jumaat, So ada pasar lambak. Tapi I tak pergi pun sebab Afiq cari parking tak jumpa. Huhu. Kitorang just beli keropok lekor dan air and duduk kat pantai. Saje je nak ajak Aafia keluar. Bagi dia main kat kawasan angin kuat pulak.
![]() |
Three of us |
![]() |
Penat dah meronda pantai |
Time ni, last cuti kat kampung. Esoknya, nak balik rumah dah. Tapi Afiq tak kerja pun cuma nak rehat sekejap kat rumah. So, esoknya nak balik tu, jumpa nanny dengan atok Aafia sekejap..
![]() |
Gambar last dengan nanny and atuk sebelum balik |
![]() |
Pak Usu nak balik Poli masa ni. |
4. Mydin Pelangi Indah
- Dengan berbaki cuti satu hari, kitorang decide nak happykan Aafia je. Sebab dah seminggu dia syok duduk kat kampung. Tiba- tiba balik rumah mesti dia rasa boring kan, So, kitorang bawa dia pergi Mydin Pelangi Indah ni. Sebab kat sini bestt laa banyak sangat tempat mainan kanak - kanak.
![]() |
Tak nak turun tau |
![]() |
Besttttttt |
Sekian sahaja coretan saya untuk cuti raya cina tahun 2019.
0 comments