TIPS MURAH REZEKI

by - February 22, 2019

Baru- baru ni, I join business class and banyak sangat input yang I dapat. So here, I nak share serta untuk peringatan diri sendiri juga..


Jadi, apa itu rezeki.. Rezeki ni bukan shaja wang ringgit, kekayaan malah dapat suami yang baik itu rezeki. Dapat suami yang sempurna itu rezeki. Sihat tubuh badan itu pun rezeki. Cuba bayangkan, kalau kita lahir dalam keadaan tak mampu berjalan dan mengharapkan pertolongan orang lain, sukar bukan. Jadi rezeki Allah itu sangat lah luas.


JADI, MACAM MANA NAK MENJEMPUT REZEKI INI?

1. Basahi bibir dengan kalimah tahmid (Alhamdulillah)
- Always kena ucap Alhamdulillah. Bersyukur atas nikmat yang Allah bagi pada kita.

Contoh,
Harini berniaga ada sorang customer je yang beli. Dapatlah untung RM10. So, kena bersyukur.
Esok berniaga lagi langsung takde customer yang beli. Itu pun kena bersyukur sebab Allah nak kita usaha dan usaha lagi.

2. Solat malam atau solat sunat dhuha
- Sesibuk mana pun kita luangkanlah sedikit masa untuk beribadah. Bukan sampai 1 jam. Kalau tonton drama bersiri boleh pula kita duduk bersimpuh tak bergerak siap simpul mati setiap hari 1 jam sebab tak nak ketinggalan ='D

- Rasa tak mampu nak buat banyak, try buat 2 rakaat untuk permulaan. Dari seminggu satu kali teruskan buat seminggu 2 hingga 3 kali. Biar istiqamah insyaAllah

- Ini terbukti apabila Allah sendiri berfirman di dalam sebuah hadith Qudsi yang bermaksud
"Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu" (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al- Hakim dari Abu Hurairah a)

Contoh
Solat dhuha - Ramai di antara kita melakukan solat sunat dhuha dengan harapan agar Allah berikan rezeki sebanyak - banyaknya kepada kita. Betul tak? Itu yang selalu kita buat. Tapi tahu tak, apa doa Rasulullah SAW selepas solat dhuha?

Kalau kita, mesti akan minta ya Allah jika rezeki dilangit turunkanlah... jika dibumi keluarkanlah....kan?

Tapi Rasulullah SAW selepas solat baginda mengucapkan

ALLAHUMMAGHFIRLII WA TUB 'ALAYYA INNAKA ANTAT TAWWA BUR ROHIIM...
(ya Allah, ampunilah aku dan terimalah taubatku =. Sesungguhnya Engkau Maha penerima taubat lagi Maha Penyayang) -1000x

Kenapa kalau kita lihat doa Rasulullah SAW tiada berkaitan rezeki?
Orang kata solat dhuha untuk memperlancarkan rezeki.

Jadi ringkasnya begini..

Bukan rezeki yang tidak datang tapi dosa-dosa kita yang menghalang rezeki itu masuk.
Kalau dosa-dosanya sudah diampuni, InsyaAllah rezeki mengalir lancar kerana PENYUMBATNYA, penghalangnya (dosa) sudah tidak ada.

Rezeki kita, Allah yang pegang. Oleh itu minta kepada Allah terlebih dahulu. Berdoalah kepada Dia pemilik rezeki. Apa sahaja keinginan mintalah kepada Dia. "Bilamana Allah menggerakkan lidahmu untuk meminta,maka ketahuilah bahawa Allah ingin memberi." "Allah menggenggam semua doa kita lalu dilepaskannya satu persatu pada masa yang tepat." Mintalah apa sahaja kepada Allah kerana tiada perkara yang mustahil bagi Nya.

Contoh: Ya Allah kau cukupkanlah rezeki bagiku. Ya Allah aku nak income RM1000.00 Kau bantulah aku ya Allah, permudahakanlah urusanku. Ya Allah, kau lembutkan lah hati orang yang membaca postingku ya Allah, Kau permudahkanlah urusan jual beli ku ya Allah.

Kalau kita sedih, kecewa, down.... Cepat bangun pergi ambil wudhu' solatlah... mengadulah pada Allah.

Jaga hati dan jaga lidah kamu wahai orang bisnes. Nanti pasti Allah akan hantar customer dan sahabat bisnes yang baik hati dan molek budi bahasanya. Mudahkan urusan orang lain. Jangan terlalu cerewet dan berkira- kira. Kelak, Allah akan permudahkan urusan bisnes kita. Bisnes jangan asyik nak fikir untung besar. Sesekali bertolak ansur dengan customer. Ada masanya bila kalian pula jadi customer, penjual pun akan lembut hati dengan anda.

Alquran bukan barang hiasan yang perlu kita simpan, gantung tinggi bukan? Kita perlu selalu baca. Kadang ada alasan tak sempat nak baca sebab busy sangat. Baru nak buka quran anak datang nak koyakkan.

3. SURAH AL WAQIAH

Membaca Surah Al- Waqia'ah:

"Barangsiapa membaca Surat Al- Waqia'ah setiap malam, maka TIDAK akan ditimpa kesempitan hidup" (HR. Al-Baihaqi dalam Syu'ab Al-Iman)

Salah satu orang-orang yang berjaya buat adalah dengan selalu amalkan surah Al- Waqia'ah.


Semoga tulisan ini bermanfaat untuk kita semua. Sama- samalah kita malkan dan yakin dengan kuasa Allah.

You May Also Like

0 comments