Search

Powered by Blogger.
  • Home

Zetty Asyilah

MY LIFE MY JOURNEY





Hampa terliur dak kalu tengok sandwich lagu tuhh? I suka giler sandwich mcm2 ni tau. Sedap, nak buat pun senang. Lagi2 mak2 yang busy ni. Pening2 hari2 fikir menu hari2.

 So today, I nak remind myself je mcm mana nak buat sandwich telur ni. Memey la senang. Saja nak bagitahu jugak. :P

Bahan2:

Roti seberapa banyak yg u nak makan
Telur
Mayonis
Salad
Sosej
Serbuk cukup rasa
Serbuk black pepper
Cheesedale

Caranya:

  1.    Gorengkan telur tu jadi hancur2. Sambil tu taburkan black pepper and cukup rasa.
  2.    Telur yang dah siap tadi, gaulkan dengan mayonis.
  3.   Sosej tu boleh rebus atau goring ikut suka.
  4.   Sosej yg dah rebus / goreng tu, potong kecik – kecik.
  5.   Sediakan 2 keping roti, satu keping tu sapukan dengan telur, lapiskan dengan salad,      lapiskan lagi dengan sosej yang dah dipotong and last sekali lapiskan dengan         cheesedale. Tutup dengan kepingan roti yang lain. Then, potong tengah2 roti utk         jadikan roti tu segitiga
  6.    Siap dan makan dengan gembira.


Share
Tweet
Pin
Share
No comments



Orang kata, perjalanan untuk kulit yang cantik dan bersih boleh jadi the pricey one. Thank you to my husband (always !) yang tak kisah untuk melaburkan duit dia kepada isteri dia untuk cantik. Hehe.

Dalam usaha nak cantik kan kulit, banyak perkara yang perlu kita belajar. For me, I haven’t achieve my skin goals yet. Thus, banyak benda yang I kena belajar lagi.

So, today I nak bagi review produk Neutrogena Moisturizer yang I pernah guna. So far, ini pelembab yang ke dua I pernah cuba and guess what, I rasa tak nak cuba pelembab yang lain lagi sebab dia best sangat.




Haa, ini lah moisturizer favourite I.





Siapa yang sesuai pakai moisturizer ni?

-          They claim that, Neutrogena Oil- free Moisture for combination Skin (hence, I am oily skin so sesuai laa sebab most of part of my skin berminyak).


What they claim?

-          It is clinically proven to normalize combination skin by moisturizing dry areas while controlling shine in oily areas for softer,smoother skin. Maksudnya, kalau kulit kering, dia akan lembabkan kawasan kulit kering tu. I also ada experience kulit kering tepi hidung. So perit and gatal ye. Selalu waktu2 dry laa macam tghari tu, I akan rasa kering and gatal. Sekarang I dah takde problem tu since I apply moisturizer. Utk kulit berminyak pula, dia akan kawal daripada kulit tu nampak berkilat. Yes yes,  I agree jugak lah, unless I dah buat kerja rumah berpeluh2, I will still look berkilat. Tapi, muka tak nampak kusam macam sebelum ni. If berminyak kan, muka akan nampak gelap dan kusam tau.
-           
  •           Tekstur utk moisturizer ni mcm gel. Senang nak meresap into  skin.


  •           It is lightweight, non greasy formula moisturizes where skin is dry, without leaving it oily or shiny. Skin look and feels softer and smoother.


  •           It is also clinically proven oil absorbing MICROSPONGE system oil control and shine T-zone, or wherever skin is oily for a natural matte finish all day.


  •           It won’t clog pores (tak menyumbat liang pori)


  •           It is alcohol free ( some skin sensitive to alcohol cause it can irritate your skin)


  •           Allergy tested


  •           Fragrance-free (takde bau lgsg)

*kalau based on blog Iman Abdul Rahim, moisturizer ni tak perlu pun fragrance.




LIST OF INGREDIENTS

-          Water, Cetyl Ethylhexanoate, Cetyl Ricinoleate, Cyclopentasiloxane, Glyceral Stearate, PEG-100 Stearate, Lysine Carboxymethul Cysteinate, Methyl Methacrylate/ Glycol Dimenthacrylate Crosspolymer, Xanthan Gum, Silica, Tocopherol, Lysine Thiazolidine Carboxylate, Diazolidinyl Urea, Methylparaben, Propylparaben, Benzalkonium Chloride.
  •          Dalam ingredients ni ada function humectants (tarik air keluar kulit) spt UREA
  •          Ingredients utk lock segala hydration untuk kulit like SILICONE
  •          Ada juga paraben. Some people tak boleh tolerate dengan paraben. For me, okay je.


Harga: I tak ingat, tapi dalam range RM26.00 – 28.00 (worth sebab tahan 2 bulan for daily use twice per day)













Share
Tweet
Pin
Share
No comments
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN 




 Alhamdulillah aku masih dipertemukan dengan bulan Ramadhan sehingga ke syawal bersama ahli- ahli keluargaku. Since tahun lepas aku beraya di rumah family Afiq, jadi tahun ni giliran my family.

Tahun ni tahun ketiga aku beraya bersama Afiq dan tahun kedua Aafia beraya.




Kuih tunjuk-tunjuk kat Mydin Pelangi Indah. Harga not bad taw, rasa pun sodap. Aafia asyik ngap jurr. Tapi aku nekad dah, tahun depan aku nak buat sendiri lah kuih raya. hurmmm. Nanti nak minta Afiq belikan oven. Baru fefeeling mak-mak sikit.

RAYA PERTAMA


My family... Kenapalah Afiq tak masuk dalam pic ni..hurm.. missing Syameer. Setiap tahun tak dapat raya sebab kerja.


My small family. Actually ada scene masa amik gambar ni. Aafia gigit tgn I. Ouchhh.



Best semua ada kecuali Family makngah, makusu je takde. Lepas bergambar, pergi marhaban. Rumah atuk rumah first sekali setiap tahun. Lepas marhaban 4 buah rumah, I balik sebab cuaca panas melampau sampai one of my sepupu pitam. Lepas zohor, balik kampung sebelah ayah pulak.. Aping timur



Dapat makan itheli. Klau tak salah eja laa. hehe. Atuk pun warna biru gakk. lepas salam semua, balik kampung husband. Felda Nitar. 

RAYA KEDUA




Raya kedua I balik Batu Pahat. Kamung mak mertua. Best gilerr sebab rumah family diorang sebelah -sebelah jee. Mlam- malam I dah excited iron baju nak beraya Batu Pahat sebab tahu, abah mesti nak gerak awal pagi. Nasib baik Aafia behave.


Kepayahan yang perlu dihargai. 




Yang paling happy


RAYA KETIGA


Raya ketiga ni I ke Kluang. Merisik tuan puteri. hehehe. Teringat masa kena risik dulu, Afiq bagi duit raya RM22.50. ngeh.. ngeh.. ngeh... Tahun ni minta duit raya dia kata, B bagi kasih sayang jela. hurmmm.



Tahniah Syameer dan Ezaura (2 budak darah manis). Ni family kitorang campur family Zaura.



Lepas habis majlis, kitorang pergi Tasik Kluang nak bergambar. Ni lah dia para profesional cameraman kitorang yang tak berbayar tu. 


My sweet ATOK :)



Para cucu cicit atuk. heheheh.

Raya keempat, beraya di kota. Family Abah mertua I. Tapi tak ada gambar laa.. hurmm.. Apa laa. 

TQQ...
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
WHAT DO YOU DO FOR LIVING?

So, today I nak share my working experience. My working experience is like a normal je actually tapi I wanted to keep this as a memory for me when I am getting older tomorrow. At least I've been credit kan. Here we goooo..



Ini adalah tempat bekerja I lepas praktikal. I praktikal about 3 months. Lepas tu konvo (which I not attend sebab financial problem masatu. Kena pergi Sarawak). I dulu belajar di Sarawak (UNIMAS) as as a Degree Holder dalam bidang Human Resource Development. 3 tahun belajar, then praktikal di Syarikat Air Johor Holding (dulu) Syarikat Air Johor Ranhill (sekarang). 

After habis praktikal, I kahwin and duduk with my husband di Ulu Tiram, Johor. That time la I seeking job. I take opportunity ni sebab Ulu Tiram ni mmg antara lubuk pekerjaan and kawasan perindustrian. So, I dapat lah kerja sebagai HR Assistant di Monzone Manufacturing. Dekat juga laa daripada rumah. Tapi U know, JAMMED teruk.

Monzone ni sebenarnya Syarikat yang di run oleh sepasang suami isteri, yang mana isteri ni from Singapore dan suami ni from Kedah. So, ada 4 cawangan iaitu Singapore, JB, KL dan Penang. HQ di Singapore. Company ni run bisnes fridge tank sebenarnya. Diorang produce fridge container untuk lori. Ok itu shj la sikit sebanyak ttg company ni.

Nak dijadikan cerita, HQ kan di Singapore, maka menjadi kewajiban I untuk check in Singapore juga sometime. Mula- mula tu memang la happy kan. Dapat pergi Singapore. Once dah pergi I feel like OMG susahnyaa.. Sebab I kena pergi pagi-pagi. Afiq pula masatu kerja jauh di Pengerang. About 1 hour laa dia ulang alik dari tempat kerja. Dia terkejar masa dengan nak hantar I ke bandar, jammed lagi. I kesian kat dia sebenarnya. 

Bila dah sampai kastam, people crowded sangat- sangat. Masa ni I tgh pregnant tapi I tak tahu, tapi belum ada alahan. Nasib baik okey. I sebenarnya dah rasa tak sanggup nak kerja macam tu lagi. Ulang alik ke Singapore. Kadang- kadang, duit banyak tapi lifestyle ke laut, we can't accept juga kan. 

Meanwhile, dekat JB job scope I simple je.. I just check kehadiran pekerja, OT time, and job scope paling besar, I run gaji diorang. Itu lah yang I buat selama 7 bulan dengan Monzone. Sometime I balik malam. Afiq pun malam baru balik sebab projek baru run. I pula mmg kena pastikan gaji on time. Mmg rushing buat kerja. Belum dgn auditors lagi. Tapi most of the time I relax je. Kadang- kadang I interview orang. Mana yang boleh go I accept je. 



Ini masa I dekat Singapore. Yang ini mmg office Singapore. Besar and chinese semua. 




Ini masa I mula- mula kerja. Office JB



Masa ni I dah pregnant and about to resign. Tak menyesal pun resign.. haha.. I mmg takde mood dah nak kerja. Nasib baik Afiq mmg dah tak kisah I nak resign. Dia cuma pernah cakap, kita mungkin takkan hidup mewah tapi hidup senang jela. I don't mind. I know rezeki tu daripada Allah. Tempat terbaik isteri adalah di sisi suaminya. Sumpah takut juga kalau hidup susah kan, tapi daripada I rasa macam hidup huru hara tapi ada duit, better I chose hidup yang tenang walaupun takde duit. Nahhh... hahaaa. I hate a hectic life. So RESIGNED 28 OCTOBER 2017 (7 month pregnant)


Lepas resigned I do nothing. Masa tu, kahwin pon blom setahun, rumah memang takde apa- apa lah. Memang I boring giler. I tidur, baca buku, main IG sambil tunggu Afiq balik kerja. Nothing to do. Sampai lah I nak bersalin.

After bersalin, I berpantang di kampung. Masa berpantang tu la I start bisnes dropship. I jual baju - baju muslimah. Mula- mula mmg hambar. Takde customer. About nak putus asa, tapi I keep usaha lah. Sampai now, I ada 4 bisnes Dropship and alhamdulillah. Takde lah power sangat berbisnes, tapi okay lah.


My first business, I jual baju- baju muslimah

Next, I jual baju baby.. Sebab I ada anak kecik kan, so I rasa I lebih faham about babies need. So, I decided utk jual barang2 baby.

Next, I jual planner. I sukaaa sangat baca buku and mmg sukaa sangat planner. So I take the opportunity utk jual planner juga.


Last, but not least. I jual produk- produk mommyhana. One of the best thing lah kan, I dapat banyak sangat information  and business class from mommyhana ni. tak rugi lah I join. Sebab bukan shj utk mommyhana, Ilmu2 ni boleh di apply dalam other business of mine juga. Sanagt supportive.

Dalam masa I syok berniaga, my sister in law pun nak kerja. Dia ada baby kecik. And decided utk hantar kat I. Mula- mula I takut juga laa nak ambil sebab anak I pun I can't manage well. Lama I buat keputusan. Setahun lbih pun ada I rasa. And lastly, I accept juga lah sebab masatu I tengok, Aafia kat rumah cepat bosan and kuat tidur taw. I syak dia bosan. So why not I jaga anak sedara I and mmg boleh berkawan dengan Aafia. So now I juga a babysitter. Tapi setiap yang I nak buat ni, I minta izin from my husband. Kalau he say no, I pun won't take it. 



Tuu diaaa kawan baru Aafia. I jaga pun halfday je. Daripada 7.30 - 12.00 daripada Hari Ahad sampai Khamis. hehe. 

Sekejap je. Tapi takpe lah, kita tolong orang. Orang tolong kita balik. Sekarang I happy with my life. I rasa I dah jumpa the right path. Time cuti, I boleh blogging, masak sedap- sedap utk Afiq kan. 

Oke, itu shj daripada saya. >_<
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Baru- baru ni, I join business class and banyak sangat input yang I dapat. So here, I nak share serta untuk peringatan diri sendiri juga..


Jadi, apa itu rezeki.. Rezeki ni bukan shaja wang ringgit, kekayaan malah dapat suami yang baik itu rezeki. Dapat suami yang sempurna itu rezeki. Sihat tubuh badan itu pun rezeki. Cuba bayangkan, kalau kita lahir dalam keadaan tak mampu berjalan dan mengharapkan pertolongan orang lain, sukar bukan. Jadi rezeki Allah itu sangat lah luas.


JADI, MACAM MANA NAK MENJEMPUT REZEKI INI?

1. Basahi bibir dengan kalimah tahmid (Alhamdulillah)
- Always kena ucap Alhamdulillah. Bersyukur atas nikmat yang Allah bagi pada kita.

Contoh,
Harini berniaga ada sorang customer je yang beli. Dapatlah untung RM10. So, kena bersyukur.
Esok berniaga lagi langsung takde customer yang beli. Itu pun kena bersyukur sebab Allah nak kita usaha dan usaha lagi.

2. Solat malam atau solat sunat dhuha
- Sesibuk mana pun kita luangkanlah sedikit masa untuk beribadah. Bukan sampai 1 jam. Kalau tonton drama bersiri boleh pula kita duduk bersimpuh tak bergerak siap simpul mati setiap hari 1 jam sebab tak nak ketinggalan ='D

- Rasa tak mampu nak buat banyak, try buat 2 rakaat untuk permulaan. Dari seminggu satu kali teruskan buat seminggu 2 hingga 3 kali. Biar istiqamah insyaAllah

- Ini terbukti apabila Allah sendiri berfirman di dalam sebuah hadith Qudsi yang bermaksud
"Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu" (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al- Hakim dari Abu Hurairah a)

Contoh
Solat dhuha - Ramai di antara kita melakukan solat sunat dhuha dengan harapan agar Allah berikan rezeki sebanyak - banyaknya kepada kita. Betul tak? Itu yang selalu kita buat. Tapi tahu tak, apa doa Rasulullah SAW selepas solat dhuha?

Kalau kita, mesti akan minta ya Allah jika rezeki dilangit turunkanlah... jika dibumi keluarkanlah....kan?

Tapi Rasulullah SAW selepas solat baginda mengucapkan

ALLAHUMMAGHFIRLII WA TUB 'ALAYYA INNAKA ANTAT TAWWA BUR ROHIIM...
(ya Allah, ampunilah aku dan terimalah taubatku =. Sesungguhnya Engkau Maha penerima taubat lagi Maha Penyayang) -1000x

Kenapa kalau kita lihat doa Rasulullah SAW tiada berkaitan rezeki?
Orang kata solat dhuha untuk memperlancarkan rezeki.

Jadi ringkasnya begini..

Bukan rezeki yang tidak datang tapi dosa-dosa kita yang menghalang rezeki itu masuk.
Kalau dosa-dosanya sudah diampuni, InsyaAllah rezeki mengalir lancar kerana PENYUMBATNYA, penghalangnya (dosa) sudah tidak ada.

Rezeki kita, Allah yang pegang. Oleh itu minta kepada Allah terlebih dahulu. Berdoalah kepada Dia pemilik rezeki. Apa sahaja keinginan mintalah kepada Dia. "Bilamana Allah menggerakkan lidahmu untuk meminta,maka ketahuilah bahawa Allah ingin memberi." "Allah menggenggam semua doa kita lalu dilepaskannya satu persatu pada masa yang tepat." Mintalah apa sahaja kepada Allah kerana tiada perkara yang mustahil bagi Nya.

Contoh: Ya Allah kau cukupkanlah rezeki bagiku. Ya Allah aku nak income RM1000.00 Kau bantulah aku ya Allah, permudahakanlah urusanku. Ya Allah, kau lembutkan lah hati orang yang membaca postingku ya Allah, Kau permudahkanlah urusan jual beli ku ya Allah.

Kalau kita sedih, kecewa, down.... Cepat bangun pergi ambil wudhu' solatlah... mengadulah pada Allah.

Jaga hati dan jaga lidah kamu wahai orang bisnes. Nanti pasti Allah akan hantar customer dan sahabat bisnes yang baik hati dan molek budi bahasanya. Mudahkan urusan orang lain. Jangan terlalu cerewet dan berkira- kira. Kelak, Allah akan permudahkan urusan bisnes kita. Bisnes jangan asyik nak fikir untung besar. Sesekali bertolak ansur dengan customer. Ada masanya bila kalian pula jadi customer, penjual pun akan lembut hati dengan anda.

Alquran bukan barang hiasan yang perlu kita simpan, gantung tinggi bukan? Kita perlu selalu baca. Kadang ada alasan tak sempat nak baca sebab busy sangat. Baru nak buka quran anak datang nak koyakkan.

3. SURAH AL WAQIAH

Membaca Surah Al- Waqia'ah:

"Barangsiapa membaca Surat Al- Waqia'ah setiap malam, maka TIDAK akan ditimpa kesempitan hidup" (HR. Al-Baihaqi dalam Syu'ab Al-Iman)

Salah satu orang-orang yang berjaya buat adalah dengan selalu amalkan surah Al- Waqia'ah.


Semoga tulisan ini bermanfaat untuk kita semua. Sama- samalah kita malkan dan yakin dengan kuasa Allah.

Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Hahh, cuti raya cina korang buat apa. Mesti ramai pergi bercuti dengan family kan. So, this is my Chinese New Year Hoholidayy..


         





 Kitorang tak pergi bercuti pun. balik kampung kat Kahang, Kluang (mine) dgn Nitar, Mersing (husband). I duduk Kahang about semingu juga lah, tapi Afiq kerja. Ulang alik lah dia dari Bukit Pelali (workplace) dengan Kahang. Perjalanan 2 jam setengah. Kenapa dia sanggup ulang alik? Dia kata, saja nak wife dia ni happy. hurmmm yela. :p. Dia cuti, tapi selang seli. Harini kerja, esok cuti.. Haa mcm tu laa dia seminggu sebelum dia cuti panjang.

         
  AKTIVITI 



1. Main tukar hadiah
    - Aktiviti tukar hadiah ni kitorang main sebelah mertua I. masa ni, I tahu last minute sebab takde yang inform. My husband pulak, maybe lupa sebab dia busy masa tu kena ulang alik dari tempat kerja, so dia penat and lupa. Syarat barang kena bawa barang dapur dan bernilai RM20. I tak tahu.... =( . I main beli jee coklat berharga RM20 =).






Oke ini antara menu yang kitorang ada masa makan- makan tu. Ada yang masak sendiri and ada juga yang kitorng tempah. Bagi memriahkan makanan. hehe.




Ini, hadiah yang ditukar. Haaa semua orang hadiah besar- besar. Diri ini terasa kerdil pulak sebab bagi hadiah makanan jeeee... So far memang best lah kan sebab adik beradik Afiq ni ramai. Kalau buat aktiviti- aktiviti macam ni memang meriah la. Dalam masa yang sama, boleh habiskan masa dengan akk-akk ipar serta biras bersama sebab bukan senang tau nak jumpa semua dalam satu masa. Anak- anak jangan cerita lah. Memang seronok jee sebab ramai sepupu. Aafia yang setahun 2 bulan masa ni pun dah pandai bawa diri dengan kawan tau. Tak ingat dah mama dia. Harap- ada lagi aktiviti-aktiviti macam ni.

2. Jalan- Jalan Kluang Mall

Kalau dah sampai Kluang, memang tak sah lah kan kalau tak singgah Kluang Mall ni. Masa ni, spend time with my family je.. Jalan- jalan pergi makan dalam Kluang Mall tu.


Entertain Aafia sementara tunggu makanan sampai



Mama and Aafia



Papa makan Nasi Ayam


Pak usu pia pun join sekali


Pia dengan nanny

Sebab atok tak ikut time ni, atuk kerja. Papa pia tapaukan pizza utk atok. Kita berselfie dengan jambangan bunga


Struggle nak ambil gambar pia

Oke, best sangat walaupun cuma pusing- pusing dalam Kluang Mall je kan. Next time nak repeat lagi. Yang paling happy mestilah Aafia. Dah dapat kaki kan.. Memang tak reti diam kesana, sini. Nasib baik ada nanny. Kalau mama je yang handle sorang- sorang mmg huru hara jugak.

3. Pantai Teluk Mersing

Kalau dah sampai Mersing ni, memang tak sah lah kalau tak pergi pantai kan. Bukan nak mandi pun. Masa kitorang pergi ni hari Jumaat, So ada pasar lambak. Tapi I tak pergi pun sebab Afiq cari parking tak jumpa. Huhu. Kitorang just beli keropok lekor dan air and duduk kat pantai. Saje je nak ajak Aafia keluar. Bagi dia main kat kawasan angin kuat pulak. 


Three of us

Penat dah meronda pantai


Time ni, last cuti kat kampung. Esoknya, nak balik rumah dah. Tapi Afiq tak kerja pun cuma nak rehat sekejap kat rumah. So, esoknya nak balik tu, jumpa nanny dengan atok Aafia sekejap..

Gambar last dengan nanny and atuk sebelum balik

Pak Usu nak balik Poli masa ni. 

4. Mydin Pelangi Indah
    - Dengan berbaki cuti satu hari, kitorang decide nak happykan Aafia je. Sebab dah seminggu dia syok duduk kat kampung. Tiba- tiba balik rumah mesti dia rasa boring kan, So, kitorang bawa dia pergi Mydin Pelangi Indah ni. Sebab kat sini bestt laa banyak sangat tempat mainan kanak - kanak.


Tak nak turun tau

Besttttttt

 Sekian sahaja coretan saya untuk cuti raya cina tahun 2019. 
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
I nak share pengalaman I ambil lesen kereta (lesen D)

First sekali mestilah umur dah 17 tahun kan. Then baru boleh daftar. I buat dekat dengan area rumah je, so senang laa Afiq nak ambil dan hantar nanti. huhu. 

I daftar lesen kat Sekolah Memandu Ulu Tiram. I ambil manual je sebab auto mahal sangat. Harga manual RM1,490. Deposit bayar RM500 dulu. After bayar kena attend ceramah selama 8 jam.



buku ni adalah buku paling utama sebab everything tentang pemanduan ada dalam ni. so wajib baca buku ni sampai habis.
Buku ni pula, ada latihan menjawab soalan- soalan yang bakal ditanya dalam ujian komputer nanti.


buku ni panduan memandu je. penting untuk baca masa nak mula latihan memandu nanti.


haa, ni antara buku yang I dapat masa attend ceramah 8 jam tu. buku ni sangat berguna untuk ambil ujian komputer which is, ujian yang kena ambil lepas attend ceramah. so, before ambil ujian komputer, kena khatam tiga2 buku ni.haha.

So, sebelum ambil ujian penting sangat untuk get ready dari segi ilmu pemanduan, prepare segala dokumen yang diperlukan semasa nak ambil ujian. Pakai pakaian yang kemas. Markah untuk lulus ujian komputer is 42/50. So, I dapat 48/50. Maknanya, ada 2 soalan yang I salah jawab. Takpe lah, I lulus pun dah bersyukur sangat. So, tak payah lah keluar duit lagi kan untuk repeat ujian.

Next, booking driving training. Masa booking ni, I bayar another RM500.00 dan bagi gambar 2 keping untuk tampal dalam lesen L. After lulus komputer, U are pemegang lesen L. Training untuk driving memerlukan 5 jam stgh, Masa ni I kena pilih trainer. So trainer I adalah cikgu lelaki. (hope dia tak garang okay). Ada 3 session.

First session : I kena belajar ttg RPK (rutin pemeriksaan kenderaan). Yang ini U kena belajar ttg whole things dekat bonet kereta. Masuk dalam ujian okay. U kena terangkan pada pegawai JPJ ttg RPK ni dalam masa 7 minit.

Second session : Yang ni lama (3 jam). I belajar -
                           a) Rutin Sebelum Memandu (RSM)
                           b) Driving sambil kenal- kenal kawasan litar
                           c) Parking sisi
                           d) Parking 3 penjuru
                           e) Naik bukit
                           f) Selekoh S
                           g) Selekoh Z

Klas pukul 3.00 pm - 6.00 pm. ngantuk gaiss
Third session : This time, I started my class pukul 8.00 am hingga 9.30 am. Satu jam setengah kelas. Ini adalah sesi terakhir untuk belajar memandu yang memerlukan scan. Oke, ini sistem baru. korang kena cukupkan 5 jam stgh dengan beserta scan. Kalini, I belajar ulang balik dalam kawasan litar sekolah sama macam masa session 2. Tapi, yang ini cuma takde buat RSM.

After class, I ada balance 9 jam belajar tanpa scan. Fuhh. Tapi, sebelum I mula belajar, I kena habiskan balance bayaran sebanyak RM430.00. Baru booking next class. so, mcm biasa, I booked every Sunday dengan cikgu yang sama. I pilih cikgu yang sama sebab I dah acknowledge cara dia and one more thing is, serasi lah. If I tukar cikgu, I rasa mcm kena faham balik cikgu tu... I won't take a risk. hehe.

9 Hours Session

Dalam 9 hours session ni pulak, I ada 3 lagi kelas.

My First Three Hour Session :
- I repeat balik jalan dalam litar. Masa ni cikgu tunggu luar kereta. So, I jalan bawa sendiri kereta pusing - pusing tempat bukit, parking sisi, parking 3 penjuru, jalan S dan Z. I rasa macam ada improvement sikit lah. Cuma my problem is 3 penjuru, I rasa macam susah jugak lah nak buat. I kena drive slow-slow.
- Lepas tu, masa second hour, cikgu bawa I keluar dari sekolah untuk tengok jalan A dan jalan B. Masa ni cikgu push I untuk bawa laju. Yelaa, kat jalan raya kan. I bawa around 40km/jam. Laju lah tu I rasa..hahaha. I tak ingat pun mana jalan A nor B, eventhough 2 kali cikgu ajar jalan luar. Sorry sir. Haa, masa ni kelas I pukul 3 sampai 6.30. Lama gilerrr I rasa. Sigh..
Muka penat after class and waiting for my husband to pick me up.

- Third session, I repeat jalan, tapi naik kereta lain okay. Kereta tu susah pulak berbanding kancil. I drive terhendap- hendap. I guess beginner mmg macam ni ke. Hahaha.. Lol. Session ni dari pukul 11.30 am smpai 1.00 pm. Hari Jumaat, I tukar date sebab Afiq cuti. Kelam kabut juga lah, sebab hari Jumaat, lelaki nak sembayang jumaat. 

-Last session of my training. I kena belajar selama 3 jam. Then, I ada QTI pulak. QTI  ni mcm ujian percubaan sebelum ujian yang sebenar. QTI ni diuji oleh cikgu yang mengajar jugak. Tapi bukan cikgu kita lah ya. Masa ni I rasa exhausted giler. I belajar 3 jam repeatedly buat benda yg sama. i tak keluar dari kereta lansung tau, selama 3 jam tu. After training habis, I keluar dari kereta, lutut I dah menggigil. Haha, nasib baik ada gap antara QTI tu. I solat then minum air, rehat sekejap, then terus kena panggil.
- QTI session pula sekejap je. I kena uji luar dan dalam litar, di sebabkan yg uji tu cikgu biasa juga, so I tak takut sangat lah. Tapi tak boleh sambil lewa ya, sebab dia boleh gagalkan kita. bila tak lulus, kita kena tambah kelas sebelum test JPJ. I tak perform sangat pun masa QTI, banyk je salah tapi cikgu lineant je. I lulus tapi di nasihatkan kena tambah kelas. Tapi I tak tambah kelas pun sebab I dah malas okey.. haha. I terus je daftar utk booking test JPJ. Berani betul kan. dah tu, gap 2 minggu pulak tu. I malas nak fikir. Haha
- Tibalah hari yang menggerunkan ku, JPJ Test. Awal pagi I dah bangun, study ttg RSM dengan RPK. Takut lupa. Then, I pun get ready lah pagi-pagi untuk ke driving school dan sedia diuji. Masa I datang tu, ramai juga lah calon-calon yang bakal diuji. Masing- masing tgh tggu. Tiba- tiba ada cikgu datang and ajak revise macam mana nak buat RPK, so I ambil peluang lah utk revise. Bosan lagipun tunggu kat dalam tak buat apa- apa. 
- After finish revise session tu, I pon masuk balik office, tiba- tiba nama I kena panggil ke kaunter, then officer suruh I turun bawah which is tempat untuk di uji. serius lah dah gerun masa tu. I ambil no giliran which is I dapat nombor 4. SERIOUSLYYYYY OMG!!!! then I duduk laa sementara tunggu. 
- Tiba masa untuk diuji, first I kena buat RPK depan pegawai. Pegawai tu duduk kat meja, sambil dengar apa I periksa body kereta. Tapi kann, I buat halfway jee JPJ tu dah suruh I stop. Maybe dah puas hati kot. Lagipun, masa I buat RPK tu ada org lain pun buat juga. I tak sure whether dia dengar tak apa I cakap. haha. Janji aku lepas dah laa.. After siap. I tggu sekejap then, kena panggil utk ujian litar pula. Bahagian litar ni pegawai agak serius sikit lah. Everything kena perfect taww. Kalau kita gagal kat certain area, contoh parking sisi kita terlanggar line, dia akan tiup wisel dan you kena keluar daripada kereta and maksudnya you gagal. Alhamdulillah I passed. 
After that, I kena uji bahagian jalan raya. Masa ni I risau sikit sebab I tak hafal langsung jalan yang I belajar tu. Tapi kan, sebenarnya msa I diuji tu, I kena jalan keluar sekolah then masuk balik. Itu sahaja. Maybe sebab tu lah I easily passed kan. Cikgu I pun tak ajar sangat jalan raya sebab dia pun tahu JPJ bahagian jalan raya ni simple je. So, trust jela your teacher. So sekarang I pemegang lesen P. HEHEHEHE.... Tapi still takut nak drive.. haha.. Apa pun kena practice laa selama 2 tahun ni. Kemudian insyaAllah boleh jadi pemandu kompeten.

Sekian sajalah coretan ku mengenai pengalaman ambil lesen. Lesen P valid from 1.1.2019-31.12.2020

Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Older Posts

About me

Zetty Asyilah Azmi
Bsc. Hons. Human Resource Development
Universiti Malaysia Sarawak
Full Time Housewife

Follow Us

  • facebook
  • instagram
  • twitter
  • Google+
  • pinterest
  • youtube

Categories

  • my life
  • parenting
  • Product Review
  • recipe

recent posts

Sponsor

Facebook

Blog Archive

  • August 2019 (2)
  • June 2019 (1)
  • March 2019 (1)
  • February 2019 (2)
  • January 2019 (1)
  • November 2018 (2)
  • October 2018 (3)
  • August 2018 (3)

Created with by ThemeXpose | Distributed by Blogger Templates