Search

Powered by Blogger.
  • Home

Zetty Asyilah

MY LIFE MY JOURNEY

Baru- baru ni, I join business class and banyak sangat input yang I dapat. So here, I nak share serta untuk peringatan diri sendiri juga..


Jadi, apa itu rezeki.. Rezeki ni bukan shaja wang ringgit, kekayaan malah dapat suami yang baik itu rezeki. Dapat suami yang sempurna itu rezeki. Sihat tubuh badan itu pun rezeki. Cuba bayangkan, kalau kita lahir dalam keadaan tak mampu berjalan dan mengharapkan pertolongan orang lain, sukar bukan. Jadi rezeki Allah itu sangat lah luas.


JADI, MACAM MANA NAK MENJEMPUT REZEKI INI?

1. Basahi bibir dengan kalimah tahmid (Alhamdulillah)
- Always kena ucap Alhamdulillah. Bersyukur atas nikmat yang Allah bagi pada kita.

Contoh,
Harini berniaga ada sorang customer je yang beli. Dapatlah untung RM10. So, kena bersyukur.
Esok berniaga lagi langsung takde customer yang beli. Itu pun kena bersyukur sebab Allah nak kita usaha dan usaha lagi.

2. Solat malam atau solat sunat dhuha
- Sesibuk mana pun kita luangkanlah sedikit masa untuk beribadah. Bukan sampai 1 jam. Kalau tonton drama bersiri boleh pula kita duduk bersimpuh tak bergerak siap simpul mati setiap hari 1 jam sebab tak nak ketinggalan ='D

- Rasa tak mampu nak buat banyak, try buat 2 rakaat untuk permulaan. Dari seminggu satu kali teruskan buat seminggu 2 hingga 3 kali. Biar istiqamah insyaAllah

- Ini terbukti apabila Allah sendiri berfirman di dalam sebuah hadith Qudsi yang bermaksud
"Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu" (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al- Hakim dari Abu Hurairah a)

Contoh
Solat dhuha - Ramai di antara kita melakukan solat sunat dhuha dengan harapan agar Allah berikan rezeki sebanyak - banyaknya kepada kita. Betul tak? Itu yang selalu kita buat. Tapi tahu tak, apa doa Rasulullah SAW selepas solat dhuha?

Kalau kita, mesti akan minta ya Allah jika rezeki dilangit turunkanlah... jika dibumi keluarkanlah....kan?

Tapi Rasulullah SAW selepas solat baginda mengucapkan

ALLAHUMMAGHFIRLII WA TUB 'ALAYYA INNAKA ANTAT TAWWA BUR ROHIIM...
(ya Allah, ampunilah aku dan terimalah taubatku =. Sesungguhnya Engkau Maha penerima taubat lagi Maha Penyayang) -1000x

Kenapa kalau kita lihat doa Rasulullah SAW tiada berkaitan rezeki?
Orang kata solat dhuha untuk memperlancarkan rezeki.

Jadi ringkasnya begini..

Bukan rezeki yang tidak datang tapi dosa-dosa kita yang menghalang rezeki itu masuk.
Kalau dosa-dosanya sudah diampuni, InsyaAllah rezeki mengalir lancar kerana PENYUMBATNYA, penghalangnya (dosa) sudah tidak ada.

Rezeki kita, Allah yang pegang. Oleh itu minta kepada Allah terlebih dahulu. Berdoalah kepada Dia pemilik rezeki. Apa sahaja keinginan mintalah kepada Dia. "Bilamana Allah menggerakkan lidahmu untuk meminta,maka ketahuilah bahawa Allah ingin memberi." "Allah menggenggam semua doa kita lalu dilepaskannya satu persatu pada masa yang tepat." Mintalah apa sahaja kepada Allah kerana tiada perkara yang mustahil bagi Nya.

Contoh: Ya Allah kau cukupkanlah rezeki bagiku. Ya Allah aku nak income RM1000.00 Kau bantulah aku ya Allah, permudahakanlah urusanku. Ya Allah, kau lembutkan lah hati orang yang membaca postingku ya Allah, Kau permudahkanlah urusan jual beli ku ya Allah.

Kalau kita sedih, kecewa, down.... Cepat bangun pergi ambil wudhu' solatlah... mengadulah pada Allah.

Jaga hati dan jaga lidah kamu wahai orang bisnes. Nanti pasti Allah akan hantar customer dan sahabat bisnes yang baik hati dan molek budi bahasanya. Mudahkan urusan orang lain. Jangan terlalu cerewet dan berkira- kira. Kelak, Allah akan permudahkan urusan bisnes kita. Bisnes jangan asyik nak fikir untung besar. Sesekali bertolak ansur dengan customer. Ada masanya bila kalian pula jadi customer, penjual pun akan lembut hati dengan anda.

Alquran bukan barang hiasan yang perlu kita simpan, gantung tinggi bukan? Kita perlu selalu baca. Kadang ada alasan tak sempat nak baca sebab busy sangat. Baru nak buka quran anak datang nak koyakkan.

3. SURAH AL WAQIAH

Membaca Surah Al- Waqia'ah:

"Barangsiapa membaca Surat Al- Waqia'ah setiap malam, maka TIDAK akan ditimpa kesempitan hidup" (HR. Al-Baihaqi dalam Syu'ab Al-Iman)

Salah satu orang-orang yang berjaya buat adalah dengan selalu amalkan surah Al- Waqia'ah.


Semoga tulisan ini bermanfaat untuk kita semua. Sama- samalah kita malkan dan yakin dengan kuasa Allah.

Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Hahh, cuti raya cina korang buat apa. Mesti ramai pergi bercuti dengan family kan. So, this is my Chinese New Year Hoholidayy..


         





 Kitorang tak pergi bercuti pun. balik kampung kat Kahang, Kluang (mine) dgn Nitar, Mersing (husband). I duduk Kahang about semingu juga lah, tapi Afiq kerja. Ulang alik lah dia dari Bukit Pelali (workplace) dengan Kahang. Perjalanan 2 jam setengah. Kenapa dia sanggup ulang alik? Dia kata, saja nak wife dia ni happy. hurmmm yela. :p. Dia cuti, tapi selang seli. Harini kerja, esok cuti.. Haa mcm tu laa dia seminggu sebelum dia cuti panjang.

         
  AKTIVITI 



1. Main tukar hadiah
    - Aktiviti tukar hadiah ni kitorang main sebelah mertua I. masa ni, I tahu last minute sebab takde yang inform. My husband pulak, maybe lupa sebab dia busy masa tu kena ulang alik dari tempat kerja, so dia penat and lupa. Syarat barang kena bawa barang dapur dan bernilai RM20. I tak tahu.... =( . I main beli jee coklat berharga RM20 =).






Oke ini antara menu yang kitorang ada masa makan- makan tu. Ada yang masak sendiri and ada juga yang kitorng tempah. Bagi memriahkan makanan. hehe.




Ini, hadiah yang ditukar. Haaa semua orang hadiah besar- besar. Diri ini terasa kerdil pulak sebab bagi hadiah makanan jeeee... So far memang best lah kan sebab adik beradik Afiq ni ramai. Kalau buat aktiviti- aktiviti macam ni memang meriah la. Dalam masa yang sama, boleh habiskan masa dengan akk-akk ipar serta biras bersama sebab bukan senang tau nak jumpa semua dalam satu masa. Anak- anak jangan cerita lah. Memang seronok jee sebab ramai sepupu. Aafia yang setahun 2 bulan masa ni pun dah pandai bawa diri dengan kawan tau. Tak ingat dah mama dia. Harap- ada lagi aktiviti-aktiviti macam ni.

2. Jalan- Jalan Kluang Mall

Kalau dah sampai Kluang, memang tak sah lah kan kalau tak singgah Kluang Mall ni. Masa ni, spend time with my family je.. Jalan- jalan pergi makan dalam Kluang Mall tu.


Entertain Aafia sementara tunggu makanan sampai



Mama and Aafia



Papa makan Nasi Ayam


Pak usu pia pun join sekali


Pia dengan nanny

Sebab atok tak ikut time ni, atuk kerja. Papa pia tapaukan pizza utk atok. Kita berselfie dengan jambangan bunga


Struggle nak ambil gambar pia

Oke, best sangat walaupun cuma pusing- pusing dalam Kluang Mall je kan. Next time nak repeat lagi. Yang paling happy mestilah Aafia. Dah dapat kaki kan.. Memang tak reti diam kesana, sini. Nasib baik ada nanny. Kalau mama je yang handle sorang- sorang mmg huru hara jugak.

3. Pantai Teluk Mersing

Kalau dah sampai Mersing ni, memang tak sah lah kalau tak pergi pantai kan. Bukan nak mandi pun. Masa kitorang pergi ni hari Jumaat, So ada pasar lambak. Tapi I tak pergi pun sebab Afiq cari parking tak jumpa. Huhu. Kitorang just beli keropok lekor dan air and duduk kat pantai. Saje je nak ajak Aafia keluar. Bagi dia main kat kawasan angin kuat pulak. 


Three of us

Penat dah meronda pantai


Time ni, last cuti kat kampung. Esoknya, nak balik rumah dah. Tapi Afiq tak kerja pun cuma nak rehat sekejap kat rumah. So, esoknya nak balik tu, jumpa nanny dengan atok Aafia sekejap..

Gambar last dengan nanny and atuk sebelum balik

Pak Usu nak balik Poli masa ni. 

4. Mydin Pelangi Indah
    - Dengan berbaki cuti satu hari, kitorang decide nak happykan Aafia je. Sebab dah seminggu dia syok duduk kat kampung. Tiba- tiba balik rumah mesti dia rasa boring kan, So, kitorang bawa dia pergi Mydin Pelangi Indah ni. Sebab kat sini bestt laa banyak sangat tempat mainan kanak - kanak.


Tak nak turun tau

Besttttttt

 Sekian sahaja coretan saya untuk cuti raya cina tahun 2019. 
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
I nak share pengalaman I ambil lesen kereta (lesen D)

First sekali mestilah umur dah 17 tahun kan. Then baru boleh daftar. I buat dekat dengan area rumah je, so senang laa Afiq nak ambil dan hantar nanti. huhu. 

I daftar lesen kat Sekolah Memandu Ulu Tiram. I ambil manual je sebab auto mahal sangat. Harga manual RM1,490. Deposit bayar RM500 dulu. After bayar kena attend ceramah selama 8 jam.



buku ni adalah buku paling utama sebab everything tentang pemanduan ada dalam ni. so wajib baca buku ni sampai habis.
Buku ni pula, ada latihan menjawab soalan- soalan yang bakal ditanya dalam ujian komputer nanti.


buku ni panduan memandu je. penting untuk baca masa nak mula latihan memandu nanti.


haa, ni antara buku yang I dapat masa attend ceramah 8 jam tu. buku ni sangat berguna untuk ambil ujian komputer which is, ujian yang kena ambil lepas attend ceramah. so, before ambil ujian komputer, kena khatam tiga2 buku ni.haha.

So, sebelum ambil ujian penting sangat untuk get ready dari segi ilmu pemanduan, prepare segala dokumen yang diperlukan semasa nak ambil ujian. Pakai pakaian yang kemas. Markah untuk lulus ujian komputer is 42/50. So, I dapat 48/50. Maknanya, ada 2 soalan yang I salah jawab. Takpe lah, I lulus pun dah bersyukur sangat. So, tak payah lah keluar duit lagi kan untuk repeat ujian.

Next, booking driving training. Masa booking ni, I bayar another RM500.00 dan bagi gambar 2 keping untuk tampal dalam lesen L. After lulus komputer, U are pemegang lesen L. Training untuk driving memerlukan 5 jam stgh, Masa ni I kena pilih trainer. So trainer I adalah cikgu lelaki. (hope dia tak garang okay). Ada 3 session.

First session : I kena belajar ttg RPK (rutin pemeriksaan kenderaan). Yang ini U kena belajar ttg whole things dekat bonet kereta. Masuk dalam ujian okay. U kena terangkan pada pegawai JPJ ttg RPK ni dalam masa 7 minit.

Second session : Yang ni lama (3 jam). I belajar -
                           a) Rutin Sebelum Memandu (RSM)
                           b) Driving sambil kenal- kenal kawasan litar
                           c) Parking sisi
                           d) Parking 3 penjuru
                           e) Naik bukit
                           f) Selekoh S
                           g) Selekoh Z

Klas pukul 3.00 pm - 6.00 pm. ngantuk gaiss
Third session : This time, I started my class pukul 8.00 am hingga 9.30 am. Satu jam setengah kelas. Ini adalah sesi terakhir untuk belajar memandu yang memerlukan scan. Oke, ini sistem baru. korang kena cukupkan 5 jam stgh dengan beserta scan. Kalini, I belajar ulang balik dalam kawasan litar sekolah sama macam masa session 2. Tapi, yang ini cuma takde buat RSM.

After class, I ada balance 9 jam belajar tanpa scan. Fuhh. Tapi, sebelum I mula belajar, I kena habiskan balance bayaran sebanyak RM430.00. Baru booking next class. so, mcm biasa, I booked every Sunday dengan cikgu yang sama. I pilih cikgu yang sama sebab I dah acknowledge cara dia and one more thing is, serasi lah. If I tukar cikgu, I rasa mcm kena faham balik cikgu tu... I won't take a risk. hehe.

9 Hours Session

Dalam 9 hours session ni pulak, I ada 3 lagi kelas.

My First Three Hour Session :
- I repeat balik jalan dalam litar. Masa ni cikgu tunggu luar kereta. So, I jalan bawa sendiri kereta pusing - pusing tempat bukit, parking sisi, parking 3 penjuru, jalan S dan Z. I rasa macam ada improvement sikit lah. Cuma my problem is 3 penjuru, I rasa macam susah jugak lah nak buat. I kena drive slow-slow.
- Lepas tu, masa second hour, cikgu bawa I keluar dari sekolah untuk tengok jalan A dan jalan B. Masa ni cikgu push I untuk bawa laju. Yelaa, kat jalan raya kan. I bawa around 40km/jam. Laju lah tu I rasa..hahaha. I tak ingat pun mana jalan A nor B, eventhough 2 kali cikgu ajar jalan luar. Sorry sir. Haa, masa ni kelas I pukul 3 sampai 6.30. Lama gilerrr I rasa. Sigh..
Muka penat after class and waiting for my husband to pick me up.

- Third session, I repeat jalan, tapi naik kereta lain okay. Kereta tu susah pulak berbanding kancil. I drive terhendap- hendap. I guess beginner mmg macam ni ke. Hahaha.. Lol. Session ni dari pukul 11.30 am smpai 1.00 pm. Hari Jumaat, I tukar date sebab Afiq cuti. Kelam kabut juga lah, sebab hari Jumaat, lelaki nak sembayang jumaat. 

-Last session of my training. I kena belajar selama 3 jam. Then, I ada QTI pulak. QTI  ni mcm ujian percubaan sebelum ujian yang sebenar. QTI ni diuji oleh cikgu yang mengajar jugak. Tapi bukan cikgu kita lah ya. Masa ni I rasa exhausted giler. I belajar 3 jam repeatedly buat benda yg sama. i tak keluar dari kereta lansung tau, selama 3 jam tu. After training habis, I keluar dari kereta, lutut I dah menggigil. Haha, nasib baik ada gap antara QTI tu. I solat then minum air, rehat sekejap, then terus kena panggil.
- QTI session pula sekejap je. I kena uji luar dan dalam litar, di sebabkan yg uji tu cikgu biasa juga, so I tak takut sangat lah. Tapi tak boleh sambil lewa ya, sebab dia boleh gagalkan kita. bila tak lulus, kita kena tambah kelas sebelum test JPJ. I tak perform sangat pun masa QTI, banyk je salah tapi cikgu lineant je. I lulus tapi di nasihatkan kena tambah kelas. Tapi I tak tambah kelas pun sebab I dah malas okey.. haha. I terus je daftar utk booking test JPJ. Berani betul kan. dah tu, gap 2 minggu pulak tu. I malas nak fikir. Haha
- Tibalah hari yang menggerunkan ku, JPJ Test. Awal pagi I dah bangun, study ttg RSM dengan RPK. Takut lupa. Then, I pun get ready lah pagi-pagi untuk ke driving school dan sedia diuji. Masa I datang tu, ramai juga lah calon-calon yang bakal diuji. Masing- masing tgh tggu. Tiba- tiba ada cikgu datang and ajak revise macam mana nak buat RPK, so I ambil peluang lah utk revise. Bosan lagipun tunggu kat dalam tak buat apa- apa. 
- After finish revise session tu, I pon masuk balik office, tiba- tiba nama I kena panggil ke kaunter, then officer suruh I turun bawah which is tempat untuk di uji. serius lah dah gerun masa tu. I ambil no giliran which is I dapat nombor 4. SERIOUSLYYYYY OMG!!!! then I duduk laa sementara tunggu. 
- Tiba masa untuk diuji, first I kena buat RPK depan pegawai. Pegawai tu duduk kat meja, sambil dengar apa I periksa body kereta. Tapi kann, I buat halfway jee JPJ tu dah suruh I stop. Maybe dah puas hati kot. Lagipun, masa I buat RPK tu ada org lain pun buat juga. I tak sure whether dia dengar tak apa I cakap. haha. Janji aku lepas dah laa.. After siap. I tggu sekejap then, kena panggil utk ujian litar pula. Bahagian litar ni pegawai agak serius sikit lah. Everything kena perfect taww. Kalau kita gagal kat certain area, contoh parking sisi kita terlanggar line, dia akan tiup wisel dan you kena keluar daripada kereta and maksudnya you gagal. Alhamdulillah I passed. 
After that, I kena uji bahagian jalan raya. Masa ni I risau sikit sebab I tak hafal langsung jalan yang I belajar tu. Tapi kan, sebenarnya msa I diuji tu, I kena jalan keluar sekolah then masuk balik. Itu sahaja. Maybe sebab tu lah I easily passed kan. Cikgu I pun tak ajar sangat jalan raya sebab dia pun tahu JPJ bahagian jalan raya ni simple je. So, trust jela your teacher. So sekarang I pemegang lesen P. HEHEHEHE.... Tapi still takut nak drive.. haha.. Apa pun kena practice laa selama 2 tahun ni. Kemudian insyaAllah boleh jadi pemandu kompeten.

Sekian sajalah coretan ku mengenai pengalaman ambil lesen. Lesen P valid from 1.1.2019-31.12.2020

Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Amira & Amirul' wedding

Tahniah kepada pasangan pengantin Amira & Amirul. I takde gambar pengantin. Sorry, haha. Pengantin ni actually my husband punya teman sepemainan masa kecik (cousin).



Majlis ini berlangsung at Batu Pahat. So dari my place, ambil masa 2 jam. Kami gerak awal pagi pukul 9. Sebenarnya planned nak pergi pukul 8.00 am. Tapi I lambat pula siap -siapkan my family. I mandikan Aafia, buat sarapan, basuh baju kerja Afiq sebab esoknya dia nak guna. Huwaaa.. Tapi nasib baik Afiq memahami. Tema kitorang BLUE.. Malam-malam I dah ironkan baju semua orang sebab I dah excited sangat.
Meee..hehehe

My husband my baby 
My baby girl tidur dalam kereta
Blue colour kan. Hehe. Kitorang sampai pukul 10.52 am. Sampai jee terus makan. Lauk I tak sempat nak ambil gambar. Tapiii serious sedapp giler sebab I dah lama sangat tak makan nasi minyak pengantin. 

After makan, duduk dalam rumah sebab kat luar dah panas. So kami ambil peluang bergambar atas pelamin.

Cantik pelamin dia, simple but lovely.


Izzara Umairah & Aafia Zahra

Kitorang gerak balik around pukul 12.30 ++ sebab I kena belajar kereta pula pukul 3.00 pm.. Huwaaa.. I takde mood dah nak belajar. Penat... 
P/s : masa balik tu, kitorang tapaw tempe goreng dgn keledek goreng. Pedas gilerrr. Tapi sedap. Anyway 


Share
Tweet
Pin
Share
No comments




Harini I naak share resipi mashed potato yang I buat untuk my baby umur 10 bulan. :)



Bahan- bahan

1 biji kentang
ayam yang takde tulang
mentega 
sekeping keju

Cara memasak :


1. Kopek kulit kentang. basuh dan potong dua bahagian. Kemudian rebus kentang dalam periuk sehingga kentang tersebut empuk.


2. Sementara tunggu kentang empuk, gorengkan ayam yang kita dah buang tulang tadi. Cara goreng I gunakan majerin sebagai minyak. Tunggu sampai marjerin cair, masukkan ayam dan goreng sampai ayam masak. Ayam tu kalau nak senang, potong kecik- kecik.

3. masukkan kentang yang dah empuk tadi, ayam yang dah siap goreng tadi beserta cheese sekeping ke dalam blender. Kemudian blend semua sekali sampai sebati. Dan inilah hasinya.. senangkan!!




Thank you for reading :)

Share
Tweet
Pin
Share
No comments




 I just want to share macam mana nak buat ROTI TITAB
Ni bahan- bahan yang digunakan


BAHAN-BAHAN :

Roti sandwich
Planta
Kaya
Telur


CARA MEMASAK :



Panaskan air dalam periuk sehingga mendidih. Tutup api dan masukkan telur selama 7 minit.


Sementara tunggu telur, sapukan planta di setiap permukaan roti.



Panaskan pan, kemudian letak shj roti yang dah disapu marjerin atas pan, bakar sehingga garing


Jadi macam ni lepas bakar atas pan, kalau boleh roti tu tekap 2 lah ye, nak bagi tebal sikit. jadi bakar atas bawah..


Telur dah halfway cooked, letak kat tengah- tengah roti. Lepastu letak kaya di setiap penjuru roti. Dan makan............

Actually agak muak. boleh makan 1 je. Haha. Thanks for reading :)





Share
Tweet
Pin
Share
No comments
 I nak share my experience masa Aafia demam. Aafia masuk 9 bulan haritu,  kena inject vaksin MMR 1. After inject tu, I rasa badan dia mcm dah start panas. Then I monitor jee laa suhu dia. Oke jee suhu dia.



After 2 weeks, papa Aafia balik kerja, main- main dengan Aafia then dia notice badan Aafia panas. Cek suhu memang Aafia demam. So, ktorang just bagi ubat demam yang ada kat rumah based on prescribed lah. Sebab baby ni bagi ubat ikut berat dia. Mama tuam jee kepala Aafia, risau demam lagi tinggi. So berjaga juga lah malam tu.





Time ni Aafia memang nak tidur je. I angkat pun dia nangis, sebab nak baring. Everything dia reject include susu dan makanan. 

Suhu Aafia 40.2 dah. Tinggi sangat and decide nak bawa pergi klinik swasta. Cepat sikit kan. Lagipun haritu hari Jumaat. Klinik Goverment tutup. So, Dr kata Aafia normal and just tekak dia bengkak. Sebab tu reject makanan atau susu. 


 

Ni antara ubat yang Aafia dapat. Kidz PCM tu ubat demam perisa strawberry :p, Uphalexin tu antibiotik. Makan setiap 6 jam. Exceptional kalau Aafia demam tinggi, boleh amik kurang dari 6 jam.


Ni I just bogelkan je dia, tapi I pakaikan dia kain basah nak bagi cepat- cepat dia sejuk balik. I miss you baby. Ni dia mcm oke sikit laa. Ada rasa nak main lagi. Tapi sekejap je. :(  Malam tu pulak, dia macam menggigil. I risau, then I ajak husband pergi hospital terus bahagian EMERGENCY. Masatu, husband I suruh I prepare things. Sebab nak kena tunggu lama dalam emergency tu. So I bawa barang Aafia siap- siap and kitorang heading to Hospital Sultan Ismail. Around pukul 9.30 P.M. lah kitorang keluar rumah. Sebab masa tu tgh tengok cerita I CAN SEE YOUR VOICE (best wehh) haha.

Sampai hospital, daftar, then Aafia kena panggil, I bawa dia masuk bilik medical assistant tu. Cek suhu, then dia tnya about Aafia. Pastu kena amik darah. OMG!! I takut lahh. =.='' Tapi I kuatkan diri jela. huhu. Aafia nangis laa masa kena cucuk tu.



Lepas ambil darah, tunggu nak masuk bilik doktor. Lama juga lah tunggu. EMERGENCY kan. Aafia nasib baik dia behave je, cuma tak nak duduk. Kena dukung. So, mama papa gilir- gilir dukung Aafia plus mata dah ngantuk juga lah masa tu. Then, masuk bilik doktor. Timbang berat dulu. Sebab nak tengok berat Aafia merosot ke tak. Guess whattt....... Berat Aafia makin naik adalah. ALHAMDULILLAH. Kalau berat menurun, ada kemungkinan dia dehydration dan boleh kena masuk air. huhu. Doktor cek macam biasa and tanya tentang simptom- simptom lain. Tapi Aafia okay je. Just muntah kerap juga. Doktor kata normal je. (fuhh lega). Aafia kena demam virus. Tekak dia agak bengkak dan merah, mmg tak selera makan. Tapi I kena pastikan dia minum air masak pon takpe sebab tak nak dia dehydration. Then, mcm tu jela. Amik ubat... Pukul 1.00 AM baru sampai rumah. SIGH...



Ni ubat yang dapat masa kat hospital.



Aafia cuma selera nak makan bubur cendawan je.
Hari keempat Aafia demam, akhirnya surut juga panas. Tapi.... ada bintik- bintik keluar dekat badan, muka and kaki. I tak tahu, apa tu.. antara assumption yang I dapat
- demam campak
- baki -baki bahang demam


I guna ubat ni untuk sapu- sapu kat badan Aafia


Sapu kat area yang bintik- bintik, plus minum air kelapa. Esoknya, bintik- bintik merah tu hilang. Alhamdulillah.




Yeayy.. my baby dah sihat and main macam biasa. Rindu mulut dia yang riuh tu.. hehe. Semoga Aafia membesar dengan sihat dan ceria-ceria selalu
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Newer Posts
Older Posts

About me

Zetty Asyilah Azmi
Bsc. Hons. Human Resource Development
Universiti Malaysia Sarawak
Full Time Housewife

Follow Us

  • facebook
  • instagram
  • twitter
  • Google+
  • pinterest
  • youtube

Categories

  • my life
  • parenting
  • Product Review
  • recipe

recent posts

Sponsor

Facebook

Blog Archive

  • August 2019 (2)
  • June 2019 (1)
  • March 2019 (1)
  • February 2019 (2)
  • January 2019 (1)
  • November 2018 (2)
  • October 2018 (3)
  • August 2018 (3)

Created with by ThemeXpose | Distributed by Blogger Templates